KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN

Authors

  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • SURIATINI ISMAIL Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • DAENG HALIZA DAENG JAMAL Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • SAHRUDIN MOHAMED SOM Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • FARRAH ATIKAH SAARI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • NASIRIN ABDILLAH Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.819

Keywords:

Cerita Rakyat Melayu, Dialek Kelantan, Nilai Murni, Pendekatan Kemasyarakatan, Community approach, Kelantan dialect, Malay Folklore, Values

Abstract

Abstrak

Pada era globalisasi kini, penyelidikan terhadap cerita rakyat Melayu semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan para sarjana di Malaysia. Hal ini kerana, para sarjana di dalam dunia akademik telah menyedari bahawa cerita rakyat Melayu merupakan bahan yang sewajarnya diangkat kerana kaya dengan nilai warisan kebudayaan Melayu. Kajian ini dijalankan kerana rata-rata masyarakat pada hari ini menganggap cerita rakyat hanya bersifat rekaan semata-mata, sekadar berhibur dan tidak memiliki nilai-nilai murni yang dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni baik hati berdasarkan kepada keunikan dialek Kelantan yang terkandung di dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan. Seterusnya, kajian ini sekali gus akan mendokumentasikan dan memartabatkan keunikan dialek Kelantan yang terkandung di dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan. Selain itu, kajian ini membataskan sebelas cerita rakyat Melayu yang diperoleh daripada sumber di Bachok, Kelantan sebagai data kajian. Tambahan pula, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Di samping itu, pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan hujah perbincangan. Sebagai kesimpulannya, kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terperinci terhadap keunikan dialek Kelantan yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan yang menggambarkan ketamadunan masyarakat pada masa lampau melalui amalan nilai-nilai murni yang jitu.

Abstract

In the era of globalization, a study on Malay folklore has become increasingly popular and gained attention amongst scholars in Malaysia. This is because scholars in the academic world have realized that Malay folklore consists of values of the Malay culture. This study was conducted as many were assumed that folklore is only fiction entertainment and does not possess any lessons that society can learn. Therefore, this study was conducted to identify and analyze the ‘nilai murni’ through the uniqueness of the Kelantanese dialect in the Malay folklore in Bachok, Kelantan. At the same time, this study has documented all the Malay folklore that used a Kelantanese dialect in Bachok, Kelantan. This study has been restricted to 11 Malay folklores derived from the research data in Bachok, Kelantan. In addition, the content analysis approach was chosen as a guideline framework. The community approach was used as deductive reasoning in the discussions. In conclusion, this study proved some of the findings in a detailed study of the uniqueness of the Kelantan dialect contained in Malay folklore in Bachok, Kelantan, which describes the civilization of the past through the practice of ‘nilai murni’.

Downloads

Published

2022-03-28

How to Cite

CHE YAACOB, M. F. ., ISMAIL, S. ., DAENG JAMAL, D. H., MOHAMED SOM, S. ., SAARI, F. A. ., & ABDILLAH, N. . (2022). KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(1). https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.819