PEMIKIRAN KEROHANIAN DALAM BABAK CERITA MAKYUNG BERDASARKAN TEORI SPB4K

Authors

  • ROSLAN ABDUL WAHID Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • NASIRIN ABDILLAH Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.821

Keywords:

Pemikiran Kerohanian, Teori SPB4K, Cerita Makyung, Isu dan peristiwa, Spiritual Thought, SPB4K Theory, Makyung Stories, Issues and events

Abstract

Abstrak

Pemikiran merupakan operasi minda manusia yang dijana bagi memenuhi sesebuah aspirasi, tujuan dan matlamat serta menjawab persoalan-persoalan kehidupan. Dalam aspek insaniah, pemikiran kerohanian ialah sebuah pemikiran yang berkaitan dengan pemikiran keesaan Tuhan, keagamaan, kepercayaan, ketauhidan, keluhuran yang menjurus kepada kemuliaan peribadi. Pengzahiran sebuah pemikiran kerohanian dan nilai insaniah dijelmakan secara fizikal dalam bentuk moral dan ketamadunan manusia. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti dan menganalisis kandungan isu-isu yang dicetuskan melalui peristiwa dalam babak cerita pilihan tersebut. Penceritaan dalam babak-babak cerita Makyung ini dianalisis dan dijadikan bahan kandungan kajian yang menampilkan isu-isu kerohanian dengan menggunakan Teori SPB4K. Kajian ini turut dibataskan terhadap cerita-cerita seperti ‘Anak Raja Gondang’, ‘Eneng Tajali’, ‘Raja Besar Ho Gading’ dan ‘Dewa Indera Indera Dewa’. Pengkaji menggunakan elemen pemikiran kerohanian yang terdapat di dalam Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) untuk menganalisis isu dan cetusan peristiwa kerohanian yang terkandung dalam cerita cerita tersebut. Kajian ini dijalankan secara analisis tekstual melalui kaedah kualitatif berdasarkan isi kandungan buku ‘Anak Raja Gondang dan Lain-lain Cerita Makyung’. Segala isu dan cetusan peristiwa berbentuk kerohanian dalam cerita-cerita pilihan Makyung ini dijadikan sebagai bahan analisis dengan pengaplikasian Teori SPB4K. Pengkaji mendapati pemikiran kerohanian terdapat dalam isi kandungan babak-babak cerita Makyung yang mengandungi unsur keluhuran seperti ilmu tauhid, usuluddin dan fekah yang bermanfaat. Di samping itu, kajian ini juga menjemput khalayak pembaca menghayati isi kandungan babak sesebuah cerita Makyung yang dipersembahkan dan tidak hanya tertumpu kepada seni estetika persembahan dan tarian Makyung semata-mata.

Abstract
Thought is an operation of the human mind that is generated to fulfil an aspiration, purpose, and goal and answer the questions of life. From the humanitarian aspect, spiritual thinking is a thought that is related to the oneness of God, religion, belief, and nobility that leads to personal prestige. The manifestation of spiritual thought and humanistic values is physically embodied in the form of human morals and civilization. The main objective of this study is to identify and analyze the issues raised through the incidents in the selected story scenes. The narration of the scenes in Makyung's story has been analyzed and used as research content that represents the spiritual issues by using SPB4K Theory. This study was confined with stories like ‘Anak Raja Gondang ',' Eneng Tajali ',' Raja Besar Ho Gading ’and‘Dewa Indera Indera Dewa ’.The researcher uses the elements of spiritual thinking found in SPB4K Theory to analyze
the issues and triggered spiritual incidents found in the stories. The researcher uses the elements of spiritual thinking found in SPB4K Theory to analyze the issues and triggers of spiritual events in the stories. This study was analyzed using textual analysis based on the book 'Anak Raja Gondang and Other Makyung Stories'. All issues and triggers of spiritual events in selective Makyung's stories were
used as material analysis through the application of SPB4K Theory. Researchers discovered that spiritual thinking was found in Makyung's story, which contains elements of nobility such as monotheism, usuluddin and beneficial jurisprudence. In addition, this study also invites the readers to appreciate the scenes of a Makyung story that is presented and not just focus on the aesthetic art of Makyung performance and dance alone.

Downloads

Published

2022-03-28

How to Cite

ABDUL WAHID, R. ., & ABDILLAH, N. . (2022). PEMIKIRAN KEROHANIAN DALAM BABAK CERITA MAKYUNG BERDASARKAN TEORI SPB4K. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(1). https://doi.org/10.47252/teniat.v10i1.821