PEMBANGUNAN POLISI E-PEMBELAJARAN DI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH (KVSAS): PERANAN PENSYARAH

Authors

  • MUHAMMAD IKHWAN HANIPAH Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

Abstract

Abstrak

Polisi e-pembelajaran ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang diharapkan oleh institusi atau organisasi. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji berkenaan dengan peranan pensyarah dan peranan pelajar dalam pembangunan polisi epembelajaran di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah(KVSAS). Kajian ini dijalankan di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah(KVSAS), Sampel kajian ini terdiri daripada 102 orang di setiap jabatan di KVSAS. Cara pemilihan sampel ialah menggunakan sampel rawak yang dapat mewakili semua populasi pensyarah di KVSAS. Borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data yang diperlukan dalam kajian ini. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science Social(SPSS) versi 17.0 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai dan Kruskal-Wallis. Dapatan yang diperolehi hasil daripada menganalisis skor min menunjukkan elemen peranan pensyarah iaitu elemen forum, bahan pengajaran, amalan pensyarah atas talian dan elemen peranan pelajar iaitu elemen forum, penggunaan e-pembelajaran, bahan pembelajaran berada pada tahap tinggi. Dapatan yang diperolehi hasil daripada menganalisis menggunakan Kruskal-Wallis bagi peranan pensyarah menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara elemen bahan pengajaran dan elemen forum dengan setiap jabatan, manakala terdapat perbezaan signifikan antara elemen amalan pensyarah atas talian dengan setiap jabatan. Oleh itu, pensyarah perlu menggunakan epembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran.

Abstract

An e-learning policy is a general guideline provided to achieve a result, goal or objective expected by an institution or organization. This study was conducted to examine the role of lecturers and the role of students in the development of e-learning policy at Sultan Ahmad Shah Vocational College (KVSAS). This study was conducted at Sultan Ahmad Shah Vocational College (KVSAS), The sample of this study consisted of 102 people in each department at KVSAS. The method of sample selection is a random sample to represent all the lecturers at KVSAS. A questionnaire is used as a research instrument to obtain the data needed in this study. Data from the questionnaire were analyzed using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 17.0 software to obtain the mean score, standard deviation and Kruskal-Wallis. The findings obtained from analyzing the mean scores show that the elements of the lecturer's role, namely forum elements, teaching materials, online lecturer practices and the elements of the student's role, namely forum elements, the use of e-learning, learning materials are at a high level. The findings obtained from analyzing using Kruskal-Wallis for the role of lecturers show that there is no significant difference between the teaching material elements and the forum elements with each department. Meanwhile, there is a significant difference between the online lecturer practice elements with each department. Therefore, lecturers need to use e-learning to achieve learning objectives.

Downloads

Published

2022-09-30

How to Cite

HANIPAH, M. I. (2022). PEMBANGUNAN POLISI E-PEMBELAJARAN DI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH (KVSAS): PERANAN PENSYARAH . International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(2), 57–74. Retrieved from http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/954