PEMBENTUKAN JATI DIRI DI KANAK-KANAK MELALUI TEKS ADIK SAYANG PANTUN

Authors

  • NORDIANA AB JABAR Jabatan Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
  • MOHD SAIPUDDIN SULIMAN Jabatan Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
  • SURAYA SUKRI Jabatan Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
  • AINUL WAHIDA RADZUAN Jabatan Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
  • SITI NUR ANIS MUHAMMAD APANDI Jabatan Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v10i2.958

Keywords:

Pemberdayaan jati diri, pantun kanak-kanak, teori Puitika Sastera Melayu, Self-empowerment, children's poems, Malay Literary Poetic theory

Abstract

Abstrak

Pantun kanak-kanak merupakan sejenis puisi tradisional Melayu. PKK bukan sekadar memberi hiburan tetapi juga memberi pengajaran dan pendidikan serta mampu membentuk jati diri kanak-kanak menjadi seseorang yang berkeperibadian tinggi. Selain itu, PKK juga dicipta dengan bentuk yang ringkas seiring dengan meningkatkannya usia kanak-kanak yang gemar akan bahasa yang mudah dan berirama. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan teks kumpulan pantun kanak-kanak yang berjudul Adik Sayang Pantun oleh Ismail Restu yang diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pada tahun 2014 di Kuala Lumpur. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menambah baik hasil kelompongan daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji lepas. Hal ini kerana pengkaji dapati kajian mengenai pemberdayaan jati diri kanakkanak menerusi pantun kanak-kanak masih lagi kurang dilakukan oleh pengkaji lepas. Seterusnya, objektif utama dalam kajian ini adalah mengenal pasti pantun yang membentuk jati diri kanak-kanak dalam teks Adik Sayang Pantun dan menganalisis keindahan pantun kanak-kanak berdasarkan teori Puitika Sastera Melayu. Oleh itu, dalam dapatan kajian akan mengetengahkan beberapa tema seperti tema pantun berbudi bahasa (PBB), pantun ii menghormati (PMH), pantun bersopan santun (PBS), pantun menolong (PMG), pantun penghayatan warisan (PPW) dan pantun kebudayaan kaum (PKK) dalam membentuk jati diri kanakkanak serta mengaplikasikan teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dalam melihat keindahan PKK. Oleh yang dikatakan sedemikian, kajian ini akan membuka mata masyarakat bahawa PKK sangat sesuai diletakkan dalam silibus mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah sekali gus dapat dijadikan wadah dalam membentuk jati diri kanak-kanak.

Abstract

Children's poems (PKK) are a type of traditional Malay poetry. PKK does provide not only entertainment but also teaching and education. It also moulds children's identity into someone with a high personality. In addition, PKK was also created in a simple form along with the increasing age of children fond of simple and rhythmic language. Therefore, this study will use the text from a collection of children's poems entitled “Adik Sayang Pantun” by Ismail Restu, published by the Malaysian Translation and Book Institute in 2014, Kuala Lumpur. This study was conducted to improve the gap from previous studies. It is because the researcher found that a study on the formation of self-identity in children is still lacking. Next, the main objective of this research is to identify the poems that shape the sense of identity in children from the text and to analyze the beauty of children's poems based on the theory of “Puitika Sastera Melayu”. Eventually, the findings of the study will highlight several themes such as polite poems (PBB), respectful poems (PMH), polite poems (PBS), helpful poems (PMG), heritage appreciation poems (PPW) and ethnic, cultural poems ( PKK) in shaping children's identity through the lense of “Puitika Sastera Melayu” by Muhammad Haji Salleh as a theoretical foundation in seeing the beauty of PKK. With that being said, this study will open the eyes of the public that PKK is very suitable to be placed in the syllabus of Malay language subjects in schools and eventually can be used as an instrument for the formation of a sense of identity in children.

Downloads

Published

2022-09-30

How to Cite

AB JABAR, N. ., SULIMAN, M. S. ., SUKRI, S. ., RADZUAN, A. W. ., & MUHAMMAD APANDI, S. N. A. . (2022). PEMBENTUKAN JATI DIRI DI KANAK-KANAK MELALUI TEKS ADIK SAYANG PANTUN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(2), 88–98. https://doi.org/10.47252/teniat.v10i2.958