PENYAKIT ANGIN: RAWATAN SECARA MAIN PATERI

Authors

  • YUSOFF MAHMOOD
  • HARON DAUD
  • ABD. AZIZ SHUAIB

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v1i2.112

Keywords:

Perubatan Tradisional, Main Puteri, Semangat , Penyakit Angin, Kuasa Ghaib.

Abstract

Perubatan tradisional merupakan satu kaedah rawatan psikologi kepada penyakit yang tidak dapat dirawat secara perubatan moden. Sesetengah masyarakat Melayu percaya ada penyakit yang disebabkan oleh semangat dan kuasa ghaib dan memerlukan khidmat bomoh atau dukun untuk mengubatinya. Menurut Haliza Mohd Riji (2000:17), kepercayaan masyarakat Melayu dipengaruhi pada dasarnya oleh agama Hindu-Buddha dan agama Islam iaitu agama-agama yang dibawa masuk oleh pedagang dan pengembang agama pada masa lampau. Kesan daripada pengaruh tersebut membentukworld-view masyarakat Melayu pada umumnya. World-view orang-orang Melayu adalah juga world-view pengamal perubatan Melayu. Penumpuan tesis ini memfokuskan kepada Penyakit Angin dan kaedah rawatannya kepada kaedah seni persembahan secara Main Pateri. Menurut Azman (2011 : 240) penyakit angin adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada hasrat yang tidak tertunai atau menurut masyarakat Kelantan sebagai seorang insan yang mengalami masalah ’sekat angin’. Misalnya gagal dalam memadu kasih, pinangannya ditolak menyebabkan jiwanya menjadi lemah atau keadaan yang tidak seimbang, dan ini menyebabkan seseorang hilang semangat. Bagi mengembalikan semangat inilah maka rawatan kaedah Main Pateri diperlukan. Tesis ini menggunakan kaedah kualitatif analisis kandungan dengan menggunakan pendekatan deskriptif atau ’exploranary research’. Instrumen yang digunakan adalah temubual berstruktur dan dokumentasi. Penghuraian terhadap aspek penyakit angin dan kaedah rawatan secara Main Pateri.

 

Traditional treatment is a psychological treatment for the sickness that cannot be treated by modern medicine. Some Malay societies believe that there are sicknesses caused by spirits and supernatural forces and require the services of traditional medicine man or ‘dukun’ to cure them. According to Heliza Mohd Riji (2000:17), Malay societies believe the healing performance are basically influenced by Hinduism, Buddhism and Islam, with which those religions brought by traders and missionaries. Generally the effect of these influences shapesthe world-view of Malay people. World-view of Malay affects theMalay medical performers. This thesis focuses on ‘penyakit angin’ and its healing performance known as ‘Main Pateri’. According to Malays, ‘Penyakit Angin’ is a sickness caused by unfulfilled wishes or ‘sekat angin’. For example, someone has been jilted in relationship, his or her marriage proposal being rejected causing his psychological mind weak or unbalanced condition and this will make a person become discouraged. To reshape this spirit then ‘Main Pateri’ performanceis required. This thesis uses qualitative content analysis method by using descriptive approach or ‘exploratory research’.

Downloads

Published

2013-12-31

How to Cite

MAHMOOD, Y., DAUD, H., & SHUAIB, A. A. (2013). PENYAKIT ANGIN: RAWATAN SECARA MAIN PATERI. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1(2), 70–78. https://doi.org/10.47252/teniat.v1i2.112