PENERAPAN KONSEP MENJANA MINDA MELALUI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM CERITA RAKYAT MELAYU

Authors

  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Universiti Malaysia Kelantan
  • NASIRIN ABDILLAH Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v6i1.178

Keywords:

Cerita Rakyat Melayu, Konsep Intelek, Akal Budi, Masyarakat Melayu, Nilai-Nilai Murni, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Abstract

Cerita rakyat Melayu merupakan sebahagian daripada sastera rakyat milik masyarakat Melayu dan hasil
pengucapannya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Kini, cerita rakyat Melayu tidak relevan
lagi dianggap sebagai bahan yang pincang dan tidak berfaedah. Hal ini kerana cerita rakyat Melayu
merupakan suatu bahan yang disampaikan untuk mendidik jiwa setiap insan dengan sempurna. Oleh itu,
jiwa yang kudus dalam diri setiap insan sudah pastinya mengamalkan sesuatu perbuatan dan tingkah laku
yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sehubungan itu, cerita rakyat Melayu juga dipengaruhi
dengan penjanaan intelek dalam membentuk moral positif dalam kalangan masyarakatnya. Rentetan
itu, Intelek merupakan suatu akal budi setiap insan yang berkemampuan untuk berfi kir secara logik dan
tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lantaran itu, cerita rakyat Melayu juga dipengaruhi oleh
akal budi masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan merumuskan nilai murni seperti nilai kerajinan dan rasional
dengan menggunakan pendekatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui konsep intelek. Beberapa
cerita rakyat Melayu seperti Pengorbanan Wasiat Yang Bijaksana, Periuk Kera Ajaib, Puteri Birah Keladi,
Pak Tani Menipu Harimau, Hakim Yang Bijaksana dan Takar Emas dijadikan medium untuk menjalinan
kesepaduan antara nilai-nilai murni dan perapan konsep intelek. Di samping itu, masyarakat Melayu
ternyata memiliki kekuatan akal budi yang luar biasa dalam membuat pertimbangan sesuatu masalah.
Justeru, menerusi cerita rakyat Melayu, nilai kerajinan dan rasional terbukti menggambarkan wujudnya
intelek yang mana masyarakat Melayu memiliki kekuatan akal budi serta berkemampuan melihat, menilai
dan membuat suatu keputusan dan tindakan dengan tepat.

 

The Malay folklore is part of the Malay literature belonging to the Malay community and the result of the
speech is Malay Muslims. Now, Malay folklore is irrelevant again considered as unprofitable material.
This is because Malay folklore is a material that is conveyed to educate the soul of every person perfectly.
Therefore, the holy soul within each person is sure to practice good deeds and behaviours by practising
values. In this regard, the Malay folklore is also influenced by the intellectual generation in promoting
positive morals in the community. That sequence, intellectuals is an intellect of every person capable of
thinking logically and precisely in solving a problem. Hence, Malay folklore is also influenced by the public’s
mind in solving the problems faced in their lives. Therefore, this study aims to analyze and formulate
values such as the value of craft and rational by using the National Education Philosophy approach through
intellectual concept. Some Malay folklore such as the Pengorbanan Wasiat Yang Bijaksana, Periuk Kera
Ajaib, Puteri Birah Keladi, Pak Tani Menipu Harimau, Hakim Yang Bijaksana and Takar Emas were
used as a medium for cultivating the unity between values and the intellectual conceptions. In addition,
the Malay community has the supreme power of reason for making a matter of concern. Hence, through
Malay folklore, the values of craft and rational proves to represent the existence of intellectuals in which
the Malay community has the power of reason and is capable of viewing, evaluating and making decisions
and actions appropriately

Downloads

Published

2018-03-30

How to Cite

CHE YAACOB, M. F. ., & ABDILLAH, N. . (2018). PENERAPAN KONSEP MENJANA MINDA MELALUI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP MASYARAKAT MELAYU DALAM CERITA RAKYAT MELAYU. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 6(1), 117–134. https://doi.org/10.47252/teniat.v6i1.178