NILAI INTRINSIK KOMUNITI SETEMPAT: TINJAUAN KE ATAS PENDEKATAN SUAIGUNA SEMULA BANGUNAN BERSEJARAH DI PERAK

Authors

  • DAENG HALIZA DAENG JAMAL
  • ZULISKANDAR RAMLI
  • MASTOR SURAT

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.211

Keywords:

suaiguna semula bangunan, pemuliharaan, nilai intrinsik, komuniti setempat, pelestarian warisan

Abstract

Antara kaedah efektif dalam melestarikan bangunan bersejarah ialah menerusi pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan. Perubahan fungsi bangunan juga dapat memanjangkan jangka hayat bangunan berkenaan selain melindunginya daripada ancaman kepupusan. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan nilai-nilai intrinsik yang berpotensi wujud dalam kalangan komuniti setempat menerusi pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah. Komuniti setempat yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk tempatan di beberapa daerah di Perak. Kaedah kajian yang digunakan ialah kualitatif menerusi kajian kepustakaan dan temu bual bersama beberapa pakar bidang. Beberapa buku, artikel, dokumen rasmi kerajaan dan tesis dirujuk bagi mendapatkan maklumat. Temu bual dianalisis dengan mengalihkannya ke dalam bentuk transkrip dan dipecahkan kepada beberapa tema. Hasil kajian mendapati penyesuaigunaan semula bangunan-bangunan bersejarah telah membentuk nilai-nilai intrinsik seperti nilai sepunya, kebanggaan, semangat jiwa setempat, perasaan melambangkan, kesanggupan dan mengekalkan. Analisis kajian juga menemukan sokongan penuh komuniti setempat dalam usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah menerusi pendekatan suaiguna semula dilihat mampu mengukuhkan usaha pihak kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah sebagai identiti warisan di Perak.

 

Adaptive reuse is an effective method to use in preserving historic buildings. This is because changing the function may extend the lifespan of the building in addition to protecting it from the threat of extinction. This paper aims to discuss the intrinsic value that may be generated among the local community through the adaptive reuse of historic buildings. This study has involved local residents from several areas in Perak. It has used qualitative methods of literature review and interviews with several experts in the related field. Several books, articles, thesis and official government documents were referred to in order to get the data. Meanwhile, data from interviews were transcribed and divided into several themes. The study has found that adaptive reuse of historical buildings has formed the intrinsic values such as sense of belonging, pride, sense of place, symbolizing feelings, willingness and perpetuate. The analysis also has found that the local communities gave their full support to the government in the latter's efforts of conserving and preserving historic buildings. The local communities regarded the buildings as heritage identity of Perak.

Downloads

Published

2019-09-30

How to Cite

DAENG JAMAL, D. H. ., RAMLI, Z. ., & SURAT, M. (2019). NILAI INTRINSIK KOMUNITI SETEMPAT: TINJAUAN KE ATAS PENDEKATAN SUAIGUNA SEMULA BANGUNAN BERSEJARAH DI PERAK. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7(2), 89–103. https://doi.org/10.47252/teniat.v7i2.211