REKA BENTUK DAN MOTIF TEPAK SIRIH: WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU MERENTAS ZAMAN
DOI:
https://doi.org/10.47252/teniat.v8i1.287Keywords:
Budaya dan Masyarakat Melayu, Nilai Estetika, Tepak SirihAbstract
Kertas penyelidikan ini membincangkan tentang nilai estetika pada sesebuah tepak sirih dari sudut reka bentuk serta motif rekacoraknya. Tepak sirih yang terdiri daripada cembul-cembul, bekas sirih, kacip dan gobek tampil dalam pelbagai gaya dan citarasa membuktikan keunikan, kreativiti dan daya fikir masyarakat Melayu terdahulu. Proses penciptaannya diungkapkan menerusi garapan keindahan flora dan fauna yang hidup di alam sekeliling ini. Penyelidikan yang dijalankan ini berbentuk deskriptif, hasil dari kajian lapangan dan pustaka bagi mengutip data. Maka, kaedah kualitatif digunakan bagi tujuan mengumpul segala maklumat yang diperoleh. Kaedah temubual, pemerhatian, dokumentasi dan rakaman visual dapat menjelaskan lagi tentang segala maklumat yang diperlukan. Kerelevanan kajian ini sangat perlu memandangkan zaman kini serba maju dan canggih menyaksikan golongan muda dan pewaris lebih cenderung mengagungkan budaya barat dan teknologi gajet. Mereka janggal untuk mengenali budaya dan adat Melayu warisan nenek moyang sendiri. Maka, destinasi hasil peninggalan warisan tersebut berakhir di galeri dan muzium yang kurang impaknya kepada golongan tersebut. Justeru itu, tepak sirih dilihat sebagai satu set kesenian yang dapat melambangkan ketinggian estetika dan kesantunan berbudaya masyarakat Melayu. Ia mementingkan kehidupan bersatu menerusi nilai, adat dan budaya berperaturan, kekal dan mekar sepanjang zaman menggenggam erat pepatah Melayu lama iaitu “Tak Lapuk Dek Hujan dan Tak Lekang Dek Panas”.
This research paper discusses the aesthetic value of an object called "Tepak Sireh" from the perspective of its design and pattern motifs. Consisting of betel-Handset, container betel, incisors and gobek, a Tepak sireh comes in various styles and tastes. This indicates the uniqueness, creativity and energy of the past thinking of Malay Society. The process of its creation is revealed through the application of the beauty of the flora and fauna that live in this environment. The qualitative research methodology was adopted. Data were collected by conducting interviews, observations, documentation and visual recordings The relevance of this study is crucial given that the Malay culture has not received as much attention as the other cultures from the youngsters.. This has left the legacy in galleries and museums hence inevident impact on the group. Therefore, Tepak Sireh can be viewed as a set of art that symbolizes the highly aesthetical and modestly cultured Malay community. It is concerned with life united by values, customs and culture of rules, that stay forever adhering to the old Malay proverb which is “Tak Lapuk Dek Hujan dan Tak Lekang Dek Panas”.