KESESUAIAN PROGRAM MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBI) SEKOLAH RENDAH BANDAR DAN LUAR BANDAR DI KELANTAN

Authors

  • NORIZAN ISMAIL
  • MOHD SAHANDRI GANI HAMZAH

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v5i2.301

Keywords:

Penilaian Program, kesesuaian program, memperkukuhkan BI, Bajet Berasaskan Outcome (OBB )

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kesesuaian input dan proses dalam pelaksanaan program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) di sekolah rendah bandar dan luar bandar di Kelantan. Kajian ini juga penting dibuat agar program yang dilaksanakan adalah selari dengan arahan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/2012 yang sedang berkuatkuasa iaitu Bajet Berasaskan Outcome (OBB). Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan penggunaan borang soal selidik dan diedarkan secara rawak kepada guru-guru sekolah rendah bandar dan luar bandar dan melibatkan seramai 297 orang guru dari 62 buah sekolah sebagai sampel bagi kajian ini. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya membincangkan dari segi kesesuaian program sahaja. Kajian ini melibatkan analisis ujian-t tidak bersandar digunakan bagi melihat perbezaan kesesuaian input program MBI di sekolah. Manakala ujian Anova pula adalah untuk melihat perbezaan dari segi pengalaman guru mengajar BI di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesesuaian program MBI adalah sederhana sahaja, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara kesesuaian Input di sekolah rendah bandar dan sekolah rendah luar bandar. Secara keseluruhannya, program MBI adalah sesuai untuk dilaksanakan di semua sekolah. Walau bagaimanapun, keputusan ini akan lebih memberangsangkan jika penambahbaikan segera dilakukan terhadap program ini. Kajian ini penting dilakukan bagi memastikan program MBI yang dilaksanakan lebih efektif dan efisien memandangkan program MBI ini akan diteruskan sehingga 2025 seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

 

This study was conducted to see the level of input and process relevance in the implementation of the English Strengthening Program (MBI) in the urban and rural primary schools in Kelantan. This study is also important to make the program implemented in parallel with the Treasury Bill’s instructions. 2/2012 which is in eff ect ie the Outcome Based Budget (OBB). This quantitative study involved the use of questionnaires and was distributed randomly to urban and rural primary school teachers and involved 297 teachers from 62 schools as samples for this study. However, this article discusses only the suitability of the program. This study involves independent t-test analysis used to see the diff erences in the suitability of inputs in the MBI program in school. While the ANOVA test is to see the diff erence in the experience of teachers teaching BI in schools. The findings show that the degree of suitability of the MBI program is moderate, the study also found that there is no diff erence between the suitability of Inputs in urban primary and rural primary schools. Overall, the MBI program is suitable for all schools. However, this decision will be more encouraging if improvements are made immediately to the program. This study is important to ensure that the MBI program implemented more eff ectively and effi ciently given the MBI program will continue until 2025 as outlined in the National Education Blueprint (PPPM 2013-2025).

Downloads

Published

2017-09-30

How to Cite

ISMAIL, N., & HAMZAH, M. S. G. . (2017). KESESUAIAN PROGRAM MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBI) SEKOLAH RENDAH BANDAR DAN LUAR BANDAR DI KELANTAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 5(2), 1–13. https://doi.org/10.47252/teniat.v5i2.301