UNSUR-UNSUR PEMUJAAN DI DALAM PERSEMBAHAN MENORA DI KELANTAN

Authors

  • SHAIPUDDIN BIN MUHAMMAD Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan
  • MOHD ASWAWI BIN ISA Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.343

Keywords:

Menora, Unsur-unsur pemujaan, Buka dan tutup Panggung, Sembah guru, Mentera, Pecah Cerita

Abstract

Kelantan merupakan negeri yang unik dengan pelbagai kebudayaan termasuklah persembahan menora.
Masyarakat Siam telah mengembang dan memperkenalkan persembahan menora serta budaya dan
adat resam mereka di sini. Seni persembahan menora ini dipertontonkan secara umum dan juga secara
ritual. Terdapat perkara-perkara mistik yang akan berlaku apabila unsur-unsur pemujaan dijalankan bagi
melindungi persembahan yang akan dipersembahkan. Menora merupakan seni persembahan yang
sangat sinonim dengan pemujaan dan mempunyai fungsi ritual. Mengikut kepercayaan masyarakat Siam
sekiranya pemujaan roh tidak dibuat individu yang terlibat akan mudah mendapat penyakit. Kepercayaan
yang diamalkan adalah gabungan antara kepercayaan animisme dan agama Hindu. Persembahan
menora yang penuh dengan unsur-unsur pemujaan biasanya dijalankan oleh masyarakat Siam yang
berpegang teguh kepada tradisi dan adat dalam kehidupan mereka. Sesebuah persembahan teater
tradisional seperti menora ini tidak lari dengan upacara dan menyelitkan unsur-unsur pemujaan. Di dalam
persembahan menora upacara pemujaan merangkumi upacara buka panggung, upacara sembah guru,
bacaan mantera dan tutup panggung.

Downloads

Published

2016-12-31

How to Cite

MUHAMMAD, S. B. ., & ISA, M. A. B. . (2016). UNSUR-UNSUR PEMUJAAN DI DALAM PERSEMBAHAN MENORA DI KELANTAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4(2), 51–62. https://doi.org/10.47252/teniat.v4i2.343