Keunikan Peradaban Dialek Kelantan Berdasarkan Kepelbagaian Kawasan Penutur tempatan
Uniqueness of Kelantan Dialect Based on Diversity of Local Areas
DOI:
https://doi.org/10.47254/r2a9f467Abstract
Dialek Kelantan adalah cerminan jati diri rakyat Kelantan. Kertas ini menelusuri keunikan Dialek Kelantan mengikut kepelbagaian kawasan penutur berdasarkan semua aspek samada sudut persamaan dan perbezaannya, keunikan dan kelembutan intonasinya. Perbincangan didasarkan kepada penemuan kajian yang dikukuhkan dengan maklumbalas townhall serta data daripada pengkaji berautoriti. Secara umumnya, terdapat sistem pertukaran dari bahasa standard kepada kolokial Kelantan dalam aspek sebutan, pembentukan kata, ayat dan leksikal, kesantunan berbahasa. Namun sesetengah kes tidak terdapat keseragaman. Cara ungkapannya berbeza mengikut geografi kependudukan penutur samada orang hilir sebelah utara Kelantan yang lebih lembut berbanding dialek orang hulu sebelah selatan Kelantan; bermula dari Machang sehinggalah Gua Musang yang lebih kasar dan langsung serta tidak terlalu berlapik. Di samping wujud perkataan unik yang tidak digunapakai oleh semua orang Kelantan. Kepelbagaian turut dilihat melalui penutur pelbagai etnik di Kelantan dan bahasa Melayu Kelantan Purba. Keunikan dan kepelbagaian Dialek Kelantan adalah warisan yang perlu dilestarikan.

